YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama Puan Husniyah Yahaya, Pengarah Eksekutif KBio telah mengadakan lawatan kerja bagi melawat fasiliti pelabur di KHTP. Mereka disambut mesra oleh Encik Cui Wen Chuan, Pengurus Besar, Jinjing Technology (M) Sdn Bhd.

Antara agenda lawatan kerja ini adalah bagi mendapatkan perkembangan terkini syarikat Jinjing dan juga pengenalan kepada perkhidmatan makmal analisa yang disediakan oleh KBio. Lawatan ke production area turut diadakan bagi mendapatkan pengalaman yang lebih dekat berkaitan produk yang dihasilkan.

Semoga lawatan kerja ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik antara satu sama lain.